Parti Demokratik Progresif Sarawak

Portal PolitikParti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) ditubuhkan pada 9 November 2002 merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana disebabkan oleh perbalahan pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah melahirkan parti yang dipimpim oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom[2], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[3]Datuk Sri William Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baru Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya[4][5] dan terus menyertai Barisan Nasional.

Parti Demokratik Progresif Sarawak

Nama Chinese 民主进步党 Mínzhǔ jìnbù dǎng
Didahului oleh Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
Nama Malay Parti Demokratik Progresif
Penggabungan kebangsaan Barisan Nasional (2002–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–)
Ideologi Regionalisme
Women Leader Chiew Yen Chew
Warna      Blue, yellow
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
3 / 82
Pecahan Sarawak National Party (SNAP)
Dewan Negara:
1 / 70
Singkatan PDP
Ibu pejabat Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak
Pengasas Peter Nyarok Entrie
Presiden Tiong King Sing
Dewan Rakyat:
2 / 222
Ditubuhkan 2002 (2002)[1]
Setiausaha agung Anthony Nogeh Gumbek
Deputy President Nelson Balang Rining
Youth Leader Robert Ayu